4 days of working since last week, my head goes blank with the task. Instead of 3 days of holiday, my brain working productively. 1st day of working on Monday, i noticed my brain is blank again.
Inspiration, i need you the most.
Now!
Tell them stories, you must tell them true stories, and everything will be well. Just tell them stories.
4 days of working since last week, my head goes blank with the task. Instead of 3 days of holiday, my brain working productively. 1st day of working on Monday, i noticed my brain is blank again.
Inspiration, i need you the most.
Now!
Selamat Tahun Baru
Tahun baru, moga tahun ni dan tahun seterusnya makin kurang dosa, bertambahnya pahala. Tipu dalam sehari tak penah buat dosa, kita tak lari buat dosa samada dengan sengaja, atau tak sengaja, terniat, berniat dan ahh banyak lagi. Nak sucikan dosa tu taubat dan terus bertaubat. tsk tsk tsk.
Kalau rasa hidup ni tak best atau benasib malang. Bawak-bawak diri dekat Tuhan,beruntung sebab masih hidup dan ada peluang tambahkan bekalan dan bertaubat.
Kita tak tau bila turn kita untuk kembali. Bila-bila boleh berangkat, contohnya dalam shopping complex pun boleh mati. Malang tak berbau. Banyak-banyak ucap La ila haillallah di mana sahaja berada.
Hidup tak selalunya indah, kadang-kadang kita di atas banyak duit, dihormati, berpangkat. Tapi waktu di kemuncak gemilang jangan lupa pada yang di bawah kecundang bernasib malang. Being humble is much better than remain an arrogant. Bila-bila masa Tuhan boleh rotate kotak kehidupan kita.
Dan itu semua untuk ingatan diri sendiri.
Mohon maaf kepada kawan-kawan, kalau terjeling, malas layan cakap, terdiam, terhutang, terkasar, tertumbuk, tertinggalkan jalan di belakang dan segala bentuk kesalahan-kesalahan yang mungundang murka (makan dalam) dari kalian.
Aku punyai kaki yang kecil, saiz 4. Sangat sukar untuk membeli kasut kerana kebanyakannya tiada saiz, aku hanya mampu memandang kasut yang berkenan di hati tapi tidak padan di kaki.
Dan biasanya yang menjadi pilihan adalah sandal berharga RM 10.00 (zaman belajar dulu) yang dibeli di pasar malam. Dan sekarang advance sedikit sebab tak pakai duit emak lagi, maka aku membeli kasut sesuka hati di kedai berjenama tapi sayangnya niat itu terhenti bila tiada saiz 4. Maka aku pakai kasut murah-murah jer.
Namun, aku bersyukur walaupun punyai kaki yang kecil dan tidak berkesempatan memakai kasut yang cantik-cantik, tapi kaki ini tak pernah rosak, sakit, atau cedera. Walau hari-hari kaki kecil ini menapak di atas tar, batu, lumpur mahupun karpet, dia tetap halus mulus.
Dan aku sangat bersyukur, walaupun kaki ini banyak berjalan sehingga terasa pijar malam-malam tapi tak pernah timbul kematu atau tumit kaki merekah.
Ingat lagi tak ustaz cakap kawan-kawan? Salah satu tanda kekuasaanNya,kalau kita berkaki ayam sekali pun, kaki kita tak akan menipis dan sebaliknya menebal. Kulit yang tebal itu mampu menghalang tapak kaki dari luka atau berasa sakit ketika berjalan di permukaan yang kasar mahupun keras. Er cuba tengok tapak kaki orang gila, kalau tak percaya cuba rasa, bukan rasa dengan lidah tapi pakai tangan, hihi.
Oh seperkara lagi, salah satu habit aku suka tengok kaki orang. Tapi bukan tengok tenung lama-lama, tengok kebersihan kaki. Entahlah, orang yang jaga kebersihan mesti kaki dia pun mesti bersih terutama tang kuku kaki. Penilaian tahap kebersihan dilihat dari kaki kot. Bagi aku lah.
Kaki bola kaki makan
Kaki bangku kaki sakat
Gunakan kaki ke arah kebaikan
Bawalah ia ke jalan yang berkat
Tolong hargainya.
Dan telinga ini ngilu menyucuk-nyucuk mendengar kisah ‘halal’ yang belum pasti akan kehalalannya.
Tolong jangan dera telinga ini.
Testing subcribes blog sendiri, apesal entry yang tak jadi publish terpampang kat google reader?
ala malu la. ish. :(
1) Aha sabtu aku macam di atas cycle dia. Sungguh produktif kan? hakhak. Hari ni aku taknak pergi kelas memandu, sebab MALAS. MALAS sebab aku nak rehat-rehat kat rumah je hari ni. Hari ni aku makan mee PAMA, Cloud 9 dengan air milo. Waktu cuti tiada nasi dalam dairi hidupku setelah sekian lama dapur ku rosak. Ergh kalau aku masak pon bukan ada siapa nak makan, harap aku sorang je. Orang bujang lah katakan.
2) Hari jumaat aku rasa agak senang hati sebab dapat siapkan 15 rationale design dalam satu hari. Fuh buat documentation paling aku tak suka tapi berjaya juga aku mengharunginya. Time tu la aku ye ye nak buat design macam ibu mengandung yang tengah craving.
3) Hari jumaat jugak hari tak seronok dan mendukacitakan. Keronsang aku 2 bijik ghaib lepas wudhuk nak solat asar. Aku peliklah mana pegi dia ghaib macam kad acces aku hari tu. Kalau aku salah letak di mana-mana, mesti aku jumpa jugak di mana-mana. Jenuh aku mencari. Sedih bukan sebab keronsang tu cantik, tapi sebab aku tak suka keluar beli keronsang. Benda kecil-kecil ni lecehlah, cepat hilang susah nak cari tak jumpa pulak tu. Panggilan seru untuk aku pakai tudung labuh agaknya.
4) Oleh kerana keronsang hilang, maka besok kena keluar shopping. Ehemm duitkan dah masuk. Mudah-mudahan ada jual keronsang, kali ni nak beli yang blingggg dia terang berkilau-kilau. Kalau hilang mesti senang jumpa kan? heheh aku gurau je, macam makcik-maksik pakai bling-bling ish ish ish.
5) Oleh kerana besok nak shopping, kiranya hajat di hati hendak membeli buku lagi. Dan lepastu balik rumah cepat-cepat. 3 jam je aku kuar rumah tak tipu. Kat luar kotaraya banyak pencemaran, pencemaran mata, hati dan nafsu. Bahaya. Duduk rumah diam-diam sudah.
6) Makan apa yang best selain nasi? dan aku tak tahu nak makan apa sebenarnya.Tapi aku suka keropok lekor. Kalau tak makan macam ketagih atau terbayang-bayang sebelum tidur. Keropok lekor ni ada dadah ke?
7) Senyum
8) Tersenyum, hari tu time training self esteem building aku menang kategori senyum kambing hasil undian orang ramai. hahak. Dapat coklat zipp, dan hadiah aku paling besar. hahak. Paling seronok coklat tu bagi kat kawan-kawan sebab hadiah diorang kecik je. Tapi kelas tu seronoklah dan sakit perut gelak bila aku kenakan wan senget menari ballet. Adeh sakit perut balik kalau teringat.
Renungan bersama:
Kalau kita bekerja dengan penuh redha, tawaduk, ikhlas aku rasa takde masalah kot nak siapkan kerja walau banyak macam mana pun. Stop complaining, contribute more.
Kalau takde kerja, jangan salahkan orang sekeliling atau takdir atau kabel ka apa-apa la. Salahkan lah diri sendiri. Nasib itu terletak atas diri sendiri. kan?
i’ve been thinking, i wanted throwing up everything on here instead of hoping there’s nobody wouldn’t understand.
While having a mood to download any songs into my iTunes list, three things I considered during choosing the songs. Because on reasons I’m not into music fan and I don’t really know the artist names, I am a pretty fussy in choosing the songs. Completely detailed I chose how catchy the title, and then I read the lyrics. How the lyrics would impact a positive things and the last one the rhythm. I like lively, freshly and enthusiastic rhythm.
Last Saturday, I downloaded 5 nasyid songs. I’ve tried to be thoughtful, even I’m not into nasyid on particular reasons. Though. Slowly, I lied down on my bed with full of rest. I closed my eyes, unlocked my heart and my mind said I want hear and enjoy it intelligently. Thoroughly, paused and listening the slow rhythm and rhyme. Wholeheartedly, I captured the meaningful lyrics into my heart. I cried plaintively. The indescribably touched feeling.
Now, I learnt how to listen and appreciate nasyid’s songs. Not because how good the artist, or how glamour they are. It depends in different perspective ways to receive. The valuable things is, the messages successfully delivered to me.
I think, it might be a successful songs too.
Kudos to inteam – KeredhaanMu, Redha, & Segenggam Tabah.
I just remembered, my wisdom teeth gained in my early twenties. I don’t really remember the actual how old me was when my upper and lower teeth getting gained and growing at the very back on my mouth but all fours of them gained simultaneously.
When people has asking me, especially my family members about my wisdom teeth, my respond was shocking them just because I had already all 4 of wisdom teethes gained in my mouth. It’s too early for them. And I’m lucky was evaded from suffering during all these teeth growing in my mouth. Just a little pain causing the jaw stiffness and swollen gum and its not excruciating tough in within long times.
My feeling was sad. Why it’s too early developed in my mouth? And other people had doesn’t growing perfectly all their wisdom teeth. Am I faster to getting older after wisdom teeth getting out?
Penat la pulak tulis BI,
Ok sambung dalam bahasa melayu tak formal,
Untuk menghilangkan kesedihan sebab takut dikata cepat matang, atau cepat besar, atau proses penuaan aku ada lah cepat, aku cuba flashback balik pola pemakanan dan kaitan dengan tumbesaran yang tak cukup besar.
Bila difikir balik, patutlah gigi bongsu cepat tumbuh sebab aku kuat minum susu, dari sekolah sampai sekarang. Kalsium dan protein yang sepatutnya memanjangkan tulang aku supaya tak lah pendek rupa-rupanya di pindahkan untuk 4 batang gigi bongsu agar tumbuh dengan cepat dan sihat! Wohoo.
Huh, demi gigi bongsu ni tulang aku terpaksa berkorban tak nak meninggi tau.
Dan biasanya orang yang gigi bongsunya lambat tumbuh adalah anti susu. Dan korang perasan tak orang anti susu ni badan diorang tinggi dan kurus dan mempunyai struktur tulang yang kecil. Macam model oh.
Dan aku yang peminum susu tegar ni agak short and sweet. Kenapa minum susu tapi tak tinggi?. Walaupun mempunyai tulang yang pendek, tapi jangan lupa jisim tulang itu yang penting. Susu itu ada kalsium, membantu menguatkan tulang dan mengelakkan osteoporosis. Dan bila sudah berumur 40 tahun ke atas dan di sahkan osteoporosis, maka minum lah susu bergelen-gelen, tetap takkan dapat membantu. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Ada yang berpendapat, pembinaan tulang dikaitkan dengan tumbesaran ketinggian. Kenyataan itu salah kerana peringkat usia akil baligh adalah tempoh di mana berlakunya tumbesaran tulang rangka yang giat pada individu. - Sumber
Jadi jangan bila rasa anda tinggi tapi anti susu ada kuat, dan jangan ingat aku rendang aku lembik lagi lemah penuh naïf. Hati-hati eh!
Sekian,
She’s Short but Sweet and Strong.
Selamat minum susu agar sihat dan sejahtera!