Esok
Si pengecut itu takut, takut akan esok, alah dengan dugaan, luar dan dalam penuh kelemahan. Setiap langkahnya diiringi khuatir, penuh awas apa mungkin esok itu penuh bahagia, atau akan hadir ujian pengukuh iman.
Andai dugaan datang , adakah kuat seperti dulu atau semakin lemah?. Walau dia yakin semakin kuat genggaman pada taliNya, kekuatan luar biasa itu pasti ada sebagai teman.
Urusan ini adalah milikNya, ku pohon yang baik dan berkat sahaja. Moga musafir kami diberkati.
Untuk hari esok, simpan tawamu, ukirkan senyuman indah, atas kenyakinan Tuhan bersamamu
Advertisement

